Tips nak jadi pemesh kat laman sosial.

Salam,


Kat sini  saya nak post tips2 dan cara2 camne nak popular kat laman sosial
Lepas korang baca ni mungkin boleh prektiskan kot
Kalau ada yg teringin sangat nak pemesh kan! HAHA

No. 1
Gi kutuk retis2 kat malaysia ni
Kenapa?
Aaiik? Takkan taktahu..peminat2 artis2 kat Malaysia ni kan mcam life saver para artis
Kalau hang kutuk si artis A ni.. Artis tu senyap je weyh.. dia cool je
Malas nk layan orang kutuk dia ke hape
Tapi..! Tengok lah peminat2 dia nnt kata apa..!
Tengok lah peminat2 dia buat apa! Tengok lah cmne awk tu kena kutuk balik!
Haa..masa tu tgok lah fren request facebook bertambah, followers instagram, twitter
SEMUA NAIK! Sebab apa? Sebab dyeorg2 semua ni kan mmg suka sgt menyibok!

No.2
Gi buat benda bodoh!
Contoh nya..Awk buat video makan dr tong sampah kah?
Pastu video tu pergi share kat semua orang.
Pastu orang tu akan kutuk2, akan sokong, akan bercakap psal tu tak sudah
Masa tu pun semuaorang tahu nama awak
Nak tahu cmne? Meh sy bagi contoh perbualan eh:
"Weyh..kau dh tgok video budak yg makan smpah tu?"
"Belum..eee makan smpah?"
"Ye..kau tgok ah weyh. Cam tah pape je doe video tu, geli siot"
Haa..kalau budak B tu tgok pastu buat lagi dailog yg sama kat kwan dia C
Tak ke femesh tak tentu pasal budak tu?

No.3
Yang ni memang paling feveret!
PALING CEPAT NAIK FOLLOWERS, PALING CEPAT NAK PEMESH!
Pergi cakap pasal agama & bangsa
Awak gi lah cakap pasal babi ni tak haram ke
Komen lah pasal aurat ni cmne camne ke
Cakap lah pasal murtad ke
Bandingkan lah pasal agama kite ngan agama lain lah
Pastu kutuk bangsa lain ke..
Memang ni semua dalam masa 1 jam boleh dapat 1k "peminat" weyh
Awak akan ada kat dalam fav list semorang sbb dyeorg nak tahu je apa yg balas
Apa lagi yg awak cakap, apa yg awk nak komen..
Cara ni memang sangat berkesan untuk tambah kan followers & frens korang
Memula je korang kena tahan skit.. dalam 2-3 bulan cmtu
Kena tahan mulut orang kutuk, orang maki balik, orang buat mcam2
Tapi....! Lepas benda tu reda, like after 3 bulan tu
Semuorang akan lupa weyh benda tu.
And suddently semorg yg follow awak tu semua hntar tweet like
"Morning" "buat apa harini" Hhahaaha
Saya bagi satu contoh.. ingatkan budak yg cm comel cam cantik tu?
Dulu dia kena kutuk habis kot
Parody dia smpai artis pun buat.. skrg tgok followers dia kat twitter,fb,insta
Meletop2!! Haa.. kau hade?? Lol
Perkongsian ni hanya sekadar main2 je
Tayah nak amek serious sgt!
Hidup cuma sekali..so kite enjoy! *suara nora danish*

Bersyukur..

Salam,

Hello2..
Syukur? apa yg korang rasa pasal bersyukur ni?
Post ni pendek je tau sbb memang random thought tetibe dtg

Jangan pernah bandingkan hidup awak dengan hidup orang lain
JANGAN PERNAH!
Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya
Ni contoh, seorang CEO syarikat yg berjaya:
Awak tengok orang tu kaya, hidup dia senang kan?
Awak tahu tak mungkin dia takda mak ayah, mungkin dia byk musuh dlm perniagaan?
Awak nampak duit dia, awak nampak rumah dia, awak nampak kemewahan dia
Awak tak nampak kesusahan dia, keperitan hidup dia, kesedihan yg dia alami
Awak rasa awak tak berduit, awak tiada kemewahan, hidup awak serba kekurangan
Awak nampak tak yg awak ada kasih syg keluarga? Awak ada kesihatan badan yg sempurna
Awak ada kemikmatan didampingi kawan2 yang best?
Saya selalu berpesan dekat diri sendiri
"JANGAN PERNAH NAK JADI ORANG LAIN, SOFEA,
JANGAN PERNAH CEMBURU DENGAN KEMEWAHAN ORANG, SOFEA.
JANGAN PERNAH DENGKI DENGAN ORANG, SOFEA.
JANGAN PERNAH LUPA BERSYUKUR DENGAN APA YG KAU ADA,SOFEA"
So.. untuk kite yg masih study ni kan
Jangan lah jealous kalau kawan kite ni pandai dalam pelajaran dia
Jangan lah jealous kalau nampak kawan tu hari2 keluar makan kat luar
Kite ni duduk kat bilik goreng telur dadar je! HAHAHA
Jangan jealous tau.
Saya bersyukur sangat saya dikurniakan MAK, ADIK & KAKAK yang awesome!
Saya ada Fanie yang daebak! Saya ada kelapangan masa untuk "menaip blog ni"
Haha..maksud saya saya takde masalah pengurusan masa :)
Saya ada kenikmatan bernafas lagi pada harini. Saya mungkin tak dikurniakan badan yg sihat
Tapi Alhamdulillah weyh smpai skrg mcm2 dah saya boleh buat even diri ni byk penyakit.
So..jangan lupa bersyukur dengan apa yg kite ada okay!
Semuaorang dugaan untuk ke syurga tu lain2 tau!
Laluan yg kite kena lalu semua lain2.. tapi kite nak menuju ke satu tempat je
Tempat yang semorang nak pergi, tempat yg paling best, paling ohsem
Even jalan kite semua asing2 dan berlainan moga kite jumpa kat tmpat paling akhir tu semula kay.
Amin.

MENGUMPAT? BERGOSIP?

Salam,

Okay..harini nak buat satu random post pasal mengumpat!
Haa.. mesti korang sume ni suka ngumpat2 kan? Haha
Hmm.. jujur lah nak cakap kat sini yang saya memang tak suka gosip2 ni
Bukan nak tunjuk baik kat blog ni tapi memang hakikat
Kalau orang mula bergosip2 ni kn saya akan berundur ke belakang
Saya akan pekak kan telinga berusaha untuk tak mendengar
Saya akan diam & mengelak kalau orang tanya sesuatu psal tajuk gossip tu
Pada pendapat saya lah kan orang yang suka mengumpat/bergosip ni
Tak secure sgt kawan ngan dia sebab selalu terpikir cmni
“Kalau harini dia ckp psal  si A ni esok2 mungkin dia ckp psal aku pulak”
Hmm.. saya taktahu boleh guna pakai tak pikiran saya yang mcam tu
Tapi kan sebenarnya SAYA PUN BUAT GAK!
Tapi dengan cara yang lebih BAIK KOT! MUNGKIN!
Camni tau..biasa nya kalau saya marah dengan seseorang tu
Atau terasa atau tak puas hati kan, perkara pertama saya buat ialah
JANGAN POST RASA TAK PUAS HATI TU KAT TWITTER,FACEBOOK & etc
Sebab nya, macam mana saya punya marah/terasa/tak puas hati pun
Kita masih ada adab kan? Jangan tunjuk kat orang kelemahan kita
Jangan buka pekung kat dada, jangan bagi org tahu yg kite ni ckp bukan2 psal orang
Itu yang bahagian kite, yang bahagian orang yg di-umpat tu pulak
Jangan lah buka aib dia, jangan malukan dia, jangan cemarkan maruah dia
Korang tak rasa serba salah ke kalau korang dah ckp bukan2 pasal dia
Tetibe minggu depan nye korang berkawan macam biasa?
Pastu kan, sebenarnya apa motip eh nak bg tahu kat semorang aib orang?
Korang ada niat nak suruh org lain “berhati2” ngan dia ke cmne? Hahaha
Lepas tu..toolong lah jangan menjaja cerita tu satu kampung!
Mula lah awak nak jadi wartawan, tv3,tv1 astro awani semua nak conquer 
Daripada problem tu awak dan dia je yg tahu
Terus satu bumi ni tahu dengan segala2 makhluk di atas ni turut menikmati drama korang
Okay yg tu yang DO NOT! meh kita kongsi yang u must DO.
Saya tahu dan yakin yang semorang takda lah baik sgt smpai nak sabar je kan?
Kalau cm saya pun tak puas hati/marah/terasa sy akan cerita gak kat orang
Tapi saya cerita dekat siapa tau, saya HANYA akan cerita pada
MAK, KAKAK, FANIE & skrg ni RUMET sbb hari2 ddk ngan dia kan.
Taktahu lah korang nak percaya tak tapi memang HANYA PADA mereka je sy cerita
Cerita kat mak sebab mak kan befren paling paling paling bestfren. :)
Cerita kat kakak untuk luahkan perasaan, kalau saya simpan sesorang pun meletup weyh
Cerita kat fanie sebab dia lah kembar saya, memang satu kepala
Cerita kat rumet sebab..biasanya dia yg tengok muka cuka.muka masam saya dlm bilik
Dan saya yakin & percaya mereka2 ni tak kan cerita kat orang lain. Maksudnya takkan bawak cerita ni pnjang2, so habis kat situ je
Jadi aib orang yg dicerita takde lah tersebar smpai semua makhluk dibumi ni tahu cerita nya kan
Pastu..kalau pilih cerita ngan dyerng mesti dapat
NASIHAT, TENANGKAN HATI, RASIONAL balik & benda2 best
Kalau saya cerita kat "orang ramai" dia nnt makin banyak BATU API tahu?
Haa.. cara2 ni dapat kurangkan dosa gak tau sebenanrnya
Haha..Kalau apa yg korang ngumpat tu disebarkan smpai 1000 orang
Dosa orang yg ke 1000 tu pun korang dapat sekali
Yang lagi best..kalau yg korang cerita tu fitnah?
Haa taktentu pasal menyebar fitnah..tak takut ke?
so...Nasihat saya kalau korang ada masalah ke apa ke kan
Cerita kat orang2 yg korang rapat,percaya, selesa je
Tak payah canang kat semorang kay :)