Tips nak jadi pemesh kat laman sosial.

Salam,


Kat sini  saya nak post tips2 dan cara2 camne nak popular kat laman sosial
Lepas korang baca ni mungkin boleh prektiskan kot
Kalau ada yg teringin sangat nak pemesh kan! HAHA

No. 1
Gi kutuk retis2 kat malaysia ni
Kenapa?
Aaiik? Takkan taktahu..peminat2 artis2 kat Malaysia ni kan mcam life saver para artis
Kalau hang kutuk si artis A ni.. Artis tu senyap je weyh.. dia cool je
Malas nk layan orang kutuk dia ke hape
Tapi..! Tengok lah peminat2 dia nnt kata apa..!
Tengok lah peminat2 dia buat apa! Tengok lah cmne awk tu kena kutuk balik!
Haa..masa tu tgok lah fren request facebook bertambah, followers instagram, twitter
SEMUA NAIK! Sebab apa? Sebab dyeorg2 semua ni kan mmg suka sgt menyibok!

No.2
Gi buat benda bodoh!
Contoh nya..Awk buat video makan dr tong sampah kah?
Pastu video tu pergi share kat semua orang.
Pastu orang tu akan kutuk2, akan sokong, akan bercakap psal tu tak sudah
Masa tu pun semuaorang tahu nama awak
Nak tahu cmne? Meh sy bagi contoh perbualan eh:
"Weyh..kau dh tgok video budak yg makan smpah tu?"
"Belum..eee makan smpah?"
"Ye..kau tgok ah weyh. Cam tah pape je doe video tu, geli siot"
Haa..kalau budak B tu tgok pastu buat lagi dailog yg sama kat kwan dia C
Tak ke femesh tak tentu pasal budak tu?

No.3
Yang ni memang paling feveret!
PALING CEPAT NAIK FOLLOWERS, PALING CEPAT NAK PEMESH!
Pergi cakap pasal agama & bangsa
Awak gi lah cakap pasal babi ni tak haram ke
Komen lah pasal aurat ni cmne camne ke
Cakap lah pasal murtad ke
Bandingkan lah pasal agama kite ngan agama lain lah
Pastu kutuk bangsa lain ke..
Memang ni semua dalam masa 1 jam boleh dapat 1k "peminat" weyh
Awak akan ada kat dalam fav list semorang sbb dyeorg nak tahu je apa yg balas
Apa lagi yg awak cakap, apa yg awk nak komen..
Cara ni memang sangat berkesan untuk tambah kan followers & frens korang
Memula je korang kena tahan skit.. dalam 2-3 bulan cmtu
Kena tahan mulut orang kutuk, orang maki balik, orang buat mcam2
Tapi....! Lepas benda tu reda, like after 3 bulan tu
Semuorang akan lupa weyh benda tu.
And suddently semorg yg follow awak tu semua hntar tweet like
"Morning" "buat apa harini" Hhahaaha
Saya bagi satu contoh.. ingatkan budak yg cm comel cam cantik tu?
Dulu dia kena kutuk habis kot
Parody dia smpai artis pun buat.. skrg tgok followers dia kat twitter,fb,insta
Meletop2!! Haa.. kau hade?? Lol
Perkongsian ni hanya sekadar main2 je
Tayah nak amek serious sgt!
Hidup cuma sekali..so kite enjoy! *suara nora danish*

Bersyukur..

Salam,

Hello2..
Syukur? apa yg korang rasa pasal bersyukur ni?
Post ni pendek je tau sbb memang random thought tetibe dtg

Jangan pernah bandingkan hidup awak dengan hidup orang lain
JANGAN PERNAH!
Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya
Ni contoh, seorang CEO syarikat yg berjaya:
Awak tengok orang tu kaya, hidup dia senang kan?
Awak tahu tak mungkin dia takda mak ayah, mungkin dia byk musuh dlm perniagaan?
Awak nampak duit dia, awak nampak rumah dia, awak nampak kemewahan dia
Awak tak nampak kesusahan dia, keperitan hidup dia, kesedihan yg dia alami
Awak rasa awak tak berduit, awak tiada kemewahan, hidup awak serba kekurangan
Awak nampak tak yg awak ada kasih syg keluarga? Awak ada kesihatan badan yg sempurna
Awak ada kemikmatan didampingi kawan2 yang best?
Saya selalu berpesan dekat diri sendiri
"JANGAN PERNAH NAK JADI ORANG LAIN, SOFEA,
JANGAN PERNAH CEMBURU DENGAN KEMEWAHAN ORANG, SOFEA.
JANGAN PERNAH DENGKI DENGAN ORANG, SOFEA.
JANGAN PERNAH LUPA BERSYUKUR DENGAN APA YG KAU ADA,SOFEA"
So.. untuk kite yg masih study ni kan
Jangan lah jealous kalau kawan kite ni pandai dalam pelajaran dia
Jangan lah jealous kalau nampak kawan tu hari2 keluar makan kat luar
Kite ni duduk kat bilik goreng telur dadar je! HAHAHA
Jangan jealous tau.
Saya bersyukur sangat saya dikurniakan MAK, ADIK & KAKAK yang awesome!
Saya ada Fanie yang daebak! Saya ada kelapangan masa untuk "menaip blog ni"
Haha..maksud saya saya takde masalah pengurusan masa :)
Saya ada kenikmatan bernafas lagi pada harini. Saya mungkin tak dikurniakan badan yg sihat
Tapi Alhamdulillah weyh smpai skrg mcm2 dah saya boleh buat even diri ni byk penyakit.
So..jangan lupa bersyukur dengan apa yg kite ada okay!
Semuaorang dugaan untuk ke syurga tu lain2 tau!
Laluan yg kite kena lalu semua lain2.. tapi kite nak menuju ke satu tempat je
Tempat yang semorang nak pergi, tempat yg paling best, paling ohsem
Even jalan kite semua asing2 dan berlainan moga kite jumpa kat tmpat paling akhir tu semula kay.
Amin.

MENGUMPAT? BERGOSIP?

Salam,

Okay..harini nak buat satu random post pasal mengumpat!
Haa.. mesti korang sume ni suka ngumpat2 kan? Haha
Hmm.. jujur lah nak cakap kat sini yang saya memang tak suka gosip2 ni
Bukan nak tunjuk baik kat blog ni tapi memang hakikat
Kalau orang mula bergosip2 ni kn saya akan berundur ke belakang
Saya akan pekak kan telinga berusaha untuk tak mendengar
Saya akan diam & mengelak kalau orang tanya sesuatu psal tajuk gossip tu
Pada pendapat saya lah kan orang yang suka mengumpat/bergosip ni
Tak secure sgt kawan ngan dia sebab selalu terpikir cmni
“Kalau harini dia ckp psal  si A ni esok2 mungkin dia ckp psal aku pulak”
Hmm.. saya taktahu boleh guna pakai tak pikiran saya yang mcam tu
Tapi kan sebenarnya SAYA PUN BUAT GAK!
Tapi dengan cara yang lebih BAIK KOT! MUNGKIN!
Camni tau..biasa nya kalau saya marah dengan seseorang tu
Atau terasa atau tak puas hati kan, perkara pertama saya buat ialah
JANGAN POST RASA TAK PUAS HATI TU KAT TWITTER,FACEBOOK & etc
Sebab nya, macam mana saya punya marah/terasa/tak puas hati pun
Kita masih ada adab kan? Jangan tunjuk kat orang kelemahan kita
Jangan buka pekung kat dada, jangan bagi org tahu yg kite ni ckp bukan2 psal orang
Itu yang bahagian kite, yang bahagian orang yg di-umpat tu pulak
Jangan lah buka aib dia, jangan malukan dia, jangan cemarkan maruah dia
Korang tak rasa serba salah ke kalau korang dah ckp bukan2 pasal dia
Tetibe minggu depan nye korang berkawan macam biasa?
Pastu kan, sebenarnya apa motip eh nak bg tahu kat semorang aib orang?
Korang ada niat nak suruh org lain “berhati2” ngan dia ke cmne? Hahaha
Lepas tu..toolong lah jangan menjaja cerita tu satu kampung!
Mula lah awak nak jadi wartawan, tv3,tv1 astro awani semua nak conquer 
Daripada problem tu awak dan dia je yg tahu
Terus satu bumi ni tahu dengan segala2 makhluk di atas ni turut menikmati drama korang
Okay yg tu yang DO NOT! meh kita kongsi yang u must DO.
Saya tahu dan yakin yang semorang takda lah baik sgt smpai nak sabar je kan?
Kalau cm saya pun tak puas hati/marah/terasa sy akan cerita gak kat orang
Tapi saya cerita dekat siapa tau, saya HANYA akan cerita pada
MAK, KAKAK, FANIE & skrg ni RUMET sbb hari2 ddk ngan dia kan.
Taktahu lah korang nak percaya tak tapi memang HANYA PADA mereka je sy cerita
Cerita kat mak sebab mak kan befren paling paling paling bestfren. :)
Cerita kat kakak untuk luahkan perasaan, kalau saya simpan sesorang pun meletup weyh
Cerita kat fanie sebab dia lah kembar saya, memang satu kepala
Cerita kat rumet sebab..biasanya dia yg tengok muka cuka.muka masam saya dlm bilik
Dan saya yakin & percaya mereka2 ni tak kan cerita kat orang lain. Maksudnya takkan bawak cerita ni pnjang2, so habis kat situ je
Jadi aib orang yg dicerita takde lah tersebar smpai semua makhluk dibumi ni tahu cerita nya kan
Pastu..kalau pilih cerita ngan dyerng mesti dapat
NASIHAT, TENANGKAN HATI, RASIONAL balik & benda2 best
Kalau saya cerita kat "orang ramai" dia nnt makin banyak BATU API tahu?
Haa.. cara2 ni dapat kurangkan dosa gak tau sebenanrnya
Haha..Kalau apa yg korang ngumpat tu disebarkan smpai 1000 orang
Dosa orang yg ke 1000 tu pun korang dapat sekali
Yang lagi best..kalau yg korang cerita tu fitnah?
Haa taktentu pasal menyebar fitnah..tak takut ke?
so...Nasihat saya kalau korang ada masalah ke apa ke kan
Cerita kat orang2 yg korang rapat,percaya, selesa je
Tak payah canang kat semorang kay :)

Dalam Hati Ada Taman?

Salam,

Pantai Pasir Panjang, Sarawak.

Harini saya nak share pasal feeling2 pulok! Haha
Mungkin orang yang tak berapa nak rapat dengan saya tak berapa pasti tentang benda ni.
Sebenarnya saya ni nmpk je takde ke ayuan pada luaran
Yelah..baju kurung pun pakai masa raya, wedding, ada apa2 majlis.
Kalau tak mana pernah bersentuh baju kurung tu.
Kain pun sama.. mana pernah pakai kain.
Pastu perwatakkan ni kasar sikit, cakap pun tak mcam perempuan
Kalau nak cakap pasal make up semua tu LAGI LAH HAROM TAKTAHU
Sebab apa pulak saya bagi tahu semua ni?
Sebab nak ckp yang DALAM HATI ADA TAMAN
Saya ni sensitive sangat senanye orang nye
Benda2 yg touching2 ni mmg takle tahan lama ah mesti mengalir gak air mata.
Selalu sangat terasa, selalu sangat marah(kalau terasa)
Selalu sangat nak sedih2 bila teringat sesuatu
TAPI…..

Semua tu sekejap je..kekadang paling lama pun marah sehari dua je
Pastu saya okay. Tak kisah lah apa salah orang tu mesti kejap je marahnye
Dan sejujurnya saya seorang yg tak ambil berat sangat benda yg saya marah
Sampai kekadang orang Tanya “kau okay ke ngan dia lpas dia buat kau cmtu”
Jujurnya saya okay! Memang jarang sangat panjang kan cerita J
Lepas tu point yang paling penting ni
SAYA SANGAT SENANG DIPUJUK!
Biasanya lepas orang buat saya merajuk/marah/sedih/apa2 je la
Mula lah mengayat saya ni!! Lepas tu saya confirm akan okay!
Sebab memang AKU NI LEMAH BETUL ORANG MENGAYAT NI!
Rasa macam tak adil kan? Dah buat kite ni sedih semua
Pastu pujuk2 sikit dah baik semula..
Masalahnya sekarang ni saya tidak dapat untuk kata TAK
Kalau orang dah mula memujuk ni! SERIOUS ni tak bole.
Kelemahan nya kat situ.. So people let’s get a fair play huh
Jangan ah buat saya marah then pujuk/mengayat
Saya memang tak denndam tapi nanti saya simpan dalam woo
Sakit je hati ni makan dalam sorang2..
Oleh kerana ini saya sangat yakin saya akan dapat jodoh yang romantic
Haha.. Sebab mudah sangat cair dengan ayat orang!
Bestnye kalau dapat husband romantic. Hari2 nak merajuk!

Hahhahaha…

Im back

Salam,

Hello ebelibadi.
Saya rasa saya dah kembali.. hihi
Nak mulakan celoteh saya kat blog balik
Biar takde orang baca tapi nak pos jugak
hihihi..
Untuk peringatan, Saya dah amek keputusan untuk update blog ni pasal benda2 yg sangat random. Kalau ada luahan perasaan atau ketidak puas hatian semua random.
Melainkan saya tulis nama awak lah kan
So.. mohon untuk tidak terasa okay.

Blog under construction

Salam,


Hello baby2 sekalian
Sekarang saya nak mula berjinak balik kat blog ni
Last post tahun lepas bulan 8
Nampak sangat tak pernah nak bukak
Kuikui
Tapi insyaAllah skrg nak mula balik ni
Keep support my page yeah
Takde orang baca takpe
Asal ada tempat luahkkan perasaaan kann


Dia suke buli kite :(

Salam,


Mungkin korang akan bosan sbb
Tak habes habes cerita pasal dia ni
Siapa dia?
Kakak kesayangan lah der..
---------------------------------------------------------------------------
Nak jadikan cerita ni kan
Dia ni mmg suke buli saya
SUKA SANGAT! entah ape tah yg best sgt buli adek dia ni
Rasanya lah kan, boleh teka lah kan mesti masa dia buli tu
Rasa dia sangat awesome!! Kan kak?
Haha...pastu agaknye kan kalau di tanye mesti dia ckp
Mane ade dia buli..
Ahh kesah ape, adek terasa dibuli :3
HAHAHA
Meh sini kite bagi contoh
Okay..cerita di sebalik gambar ni
Yang tudung pink tu merujuk kepade saya
Nampak tak dia buli saya? 
Cakaplah kesian kat saya! haha
Nak lagi? Meh tengok

Dia suke buli saya mentally tao
Suke bermain dengan perasaan! ahahha
Tapi dia ni kan sangat sweet...garang2 buli dia pun
Dia wat cmtu sbb nak jage kite, cer tgok 1 nih
See? sweet angat kan kakak i? haha
Dia ni selalu sangat tau buat saya ni sakit hati
Suke buat saya ni sentap, TAPI..entah kenape tak boleh nak merajuk ngan dia
Mesti kalah punye..kalau bace whatsapp dia kan
Mesti nak reply even niat nak merajuk ke ape
Ishhh geram ngan diri sndiri. LOL
Tgok dia ngaku dia buli kita

Nwy Thank You kakak sbb dah create byk memori ngan adek
Yes..even tak best. tak gempak, tak awesome.
But it still a memories :)
Adek syg akak k. Ingat smpai mati

Saya takut.

Salam.


Saya takut sangat bila pikir tak smpai seminggu lagi ni
Nak sambung belajar dekat UNIMAS
Universiti Malaysia Sarawak.. dekat sarawak lah kan
Jauh sgt weyh..saya org JDT yg tinggal di Bangi
Watever lah kn tetap jauh weyh
OBERSI tao! Jangan memain
Sumpah takut sangt sangat sgt!
Tak tahu cemane nak ckp weyh
Ingat lagi pesan kakak tahun lepas
Masuk u ni bukannye saya leh mati pun
Kena tgok jugak lah cemane saya survive kat sne kn
AAAAHHHH....!
weyh tahu tak semua nasihat ke kata2 semangat ke
Semua dah tak jalan dah,, skrg rasa cm Tak Nak pergi
Mengade kan?
Barang tengah pack skrg, masa pack nak nagis je
Dah lah pening kepale gila sbb
Masa tu study kat Shah Alam je
tiap2 minggu balik..tak pun dua minggu sekali balik
Ni dah lah lame tak balik. pastu nak mengade balik pun
Jauh sgt.. ishhh
Jangan nak mengade lah Sopea.
Dulu awak gatal pergi mohon kenape kalau taknak
Haha..dulu ingatkan best jauh2 ni
Tapi hakikatnye saya ni orang nye manje
Even anak sulung pun manje gak ngan mak saya
Hmm takpe lah kan, semua yg jadi ade hikmahnye
Bukannye suke2
Mane tahu skrg ni takut mcam ape
Nanti taknak balik pulak kan. happy pulak duduk sana
Pastu balik dah pandai menyumpit orang pulak! hahaha
-------------------------------------------------------------------------------
Korang tolong doakan yg terbaik untuk diri ini ye
Tolong doakan supaya hati saya kuat
Tak gembeng sangat. 
Doakan saya 'selamat' kat sne ye.. Hehe
Dah. tq..

Entah kenape

Salam,


Okay kalini saya nak bercerita knp diri sndiri
So bahasa nya "aku" as saya aka budak omel k.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnye apa aku nak ni?
Kenape semua benda aku nak complain?
Kenape semua benda jadi tak best?
Sebenarnye hati aku ni yg mengade2
Takde hal pun.. saje nak gedik2 nak perhatian
Pastu bila aku ni marah semua benda aku sembur
Esok baik dah..
Teringin pulak nak marah2 dengan orang ni lelame tapi takle pulak
Pastu skrg ni asek2 nak terasa je
Orang cakap skit aku dah sentap
Sentap senyap2 pastu okay je ngan org yg wat aku sentap
Pastu aku diam je, biar sesorang
Tapi org tu tak salah sbb dia takde niat
AKu yg menggedik sentap, terasa bagai
Tapi..ENTAH KENAPE aku jadi cmni
Hati ni cm tak betul..meronta ronta nk ape tah
Pastu mood asek lari je
Skrg okay,, jap gi dlm 5 minit asek nk marah je
Jap gi lagi soploh minit tetibe aku gelak sesorang
Aku perasan aku dah tak betul tp entah lah weyh
----------------------------------------------------------------------
Yang aku tahu aku kena menghappykan diri aku
Jangan pikir byk
Jangan suka sentap sndiri
Macam yg kakak pernah ckp:
Gelak2 tu semua bukan happiness yg sebernye.

3 Months with Kakaks :')

Salam.


Okay memule nak bagi tahu yang saya happy duduk sini
'Sini' tu mane kan? kat rumah kakak saya kat Skudai, JB
Start daripada bulan 5 haritu saya duduk dengan dia
Sebab kerja dekat Speedy Video, Jusco Taman U
Penghuni rumah ni  selain kakak ade Kak Suria,Kak Maggie & Kak Tia
Saya selalu bercerita dengan Kak Suria ni sbb dia nye bilik kt bwah
Balik kerja je mmg dia ni lah hari2 saya dok target
Berceritaa je smpai dia pun malas nak kata dia nk dengar ke taknk
Kalau dia taknak dengar pun ceritaa je asalkan sy puas hati
Ni dia kak Suria...cer tgok dia

Kak Suria ni engineer tau, jangan memain ngan dia..orang math ni :p
Berbual dengan kak Suria ni seronok,
Even kekadang dia ni cm takde perasaan masa sy tgah cerita
Tapi still dengar je..Tahan je telinga layan kepala otak senget nih
Dulu dengan dia takde lah rapat sgt tp mmg dah kenal
Sebab saya selalu datang rumah kak Vwen 
Bila dah duduk sini mmg lagi kenal lah kan
Dia layan gila saya smpai ape yg saya suruh buat yg tak betul pun dia okay je..
Sebab malas nak ckp byk kn.. contoh kezaliman sy pd dia :
sy suruh dia "Akak, duduk jap" dia pun buat je
Padehal bukan ade motip pun, saje nk suruh duduk
Sweet kan dia layan kite? hehe
Tiap2 malam sebelum tidur mesti ade je yg nak cerita
Sampai dia akan ckp "Pea, akak nak tidur boleh?" hahaha
Nampak tak yg dia selalu kena buli mnjadi pendengar yg setia?
Okay pastu kite ade kak Maggie
Kak Maggie ni architect, pun terer kan?
Dia ni sya tak selalu jumpe sangat sbb selalu busy
Tapi kalau ajak berbual pun seronok ngan kak Maggie ni
Suara dia omeelll sangat tau, cam cartoon
Halus halus gitu suara dia.. mmg dia pun comel gak
Kalau saya masak mesti dia puji sedap :p HEHEHE
Pastu kak Tia, yg ni pernah nmpk sekali je
Pastu tak pernah nampak langsung
Sebab dia jarang balik rumah so taktahu nk cerita ape psal dia
Pastu kak ade Kak Vwen, ma beloved sister. HAHA
Kak Vwen ni kalau dia tak busy mmg best
Boleh ajak dia jejalan, boleh ajak berbual
Kakak saya sorang ni kan mmg pendengar yg setia
Pakar bagi nasihat, segala pakar bagi saya
Dia punye cakap, kalau smpai kat adek dia ni mmg terus msuk kepala
Lepas tu, saye manje skit kalau dengan die
Saje nak gedik2 dengan kakak kan.. Haha
Haa..ni dia kakak kesayangan. 
Dia selalu bwak kite keluar jejalan
Dia selalu jage kite kat sni..mmg JAGE gila
Tak pernah terasa cam saya ni takde family kat sini
Dialah mak dialah kakak dialah ayah dialah semuanya bg saya
Kat sini(jb) saya percaya DIA SEORANG je
Semua yg dia cakap,buat,tunjuk utk saya semua saya percaya
Dah nama pun kakak kan, mesti ah cegini :)
Tak pernah saya terbayang dapat kakak
Maklumlah kte ni anak sulung kan,
Tapi tgah2 umur ni ade pulak sorang hamba Tuhan yg sanggup jadi kakak kite
Awwhhh :* sweet angat kan dia? Haha
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Yang penting kan nak cakap satu je 
Saya duduk sni dengan kakak-kakak ni mmg seronok
Saya happy sangat sejak duduk sini
Dapat kenal dengan mereka2 ni mmg tk tipu Best sangat k
And seriously sorry sangat kalau adek ade susahkan korang
Mintak halalkan semua yg adek dapat,buat kat sini.
Jangan serik ye nak terime kite dtg sini lagi HEHE

Ini adalah hidup saya :)

Salam,

Nih nak cerita sikit pasal tuan punya blog ni:
Hai nama saya SOFEA SOERAYA BINTI HABIBULLAH
Aka Budak comel!!
Umur saya akan meningkat tiap2 tahun, sama cm org lain
Tapi dengan kawan2 saya, saya yg paling tecik
Sebab birthday saya 25December1994
Kalau nak ikut tahun, pada tahun ini (2013) umur saya 19
Kalau nak ikut tarikh lahir, pada bulan ini (April) baru 18
Tapi kalau nak ikut perangai mcm budak 10 tahun
Nak ikut cara pemikiran, InsyaAllah dah cukup matang :D
Saya anak ke-satu dari 6 org adik beradik, dalam bahasa lain sulung
Saya ada 4 org dayang dan 1 org putera yg menjadi tulang belakang saya
Dan Ibu serta ayah yg menjadi sebab untuk saya teruskan hidup.

Mak ngan ayah mmg tak payah cerita pnjang, semua mesti syg parents kan?
So do i :)
Saya seorang kakak yang awesome, comel & garang
Adik2 saya semuanya annoying, ada je kepala masing2..pffttt
Kalau dengan adik2 ni pun, saya tetap mengaku saya comel
Sampai dyeorg dah malas nak layan akhirnya terpaksa mengaku
Yang kakak dyeorg ni mmg comel! HAHAHA
Tak caya tanya adik2 yg cun2 serta handsome tu.
Dan saya jugak seorang Adik yg manja :p
*ehh..tadi kata anak sulung, kakak mana pulak tersesat ni kan*
Haa..Kalau dah duduk dengan Kakak saya yg sorang ni
Memang otomatik terus jadi budak sopoloh tahun! Hee
Nak panggil dye Miss Cheong ke Miss Vee, Cikgu Cheong ke
Pada saya dye tetap Sis Vee and Kakak saya :)
Dye sangat lawa, garang, caring gila, baik x10, hard-working
Tapi dye ni kekadang suka buat kite sakit hati & sedih :(
Kakak saya ni pakar bagi nasihat tau, serious tak tipu,
Ayat dye berbunga2 dan apa yg dye ckp selalunya betul!!
Dan yg penting dye SANGAT AWESOME!
Saya juga seorang yg senang sangat nak sayang kat kawan2 saya
Saya jenis yg tak kesah sangat pasal benda2 yg org selalu gaduhkan
Macam ada org kutuk2 ke, ada orang tak suka ke..saya tak heran
Ada setengah org benda tu pun boleh buat gaduh, tak paham betul
Maybe saya jenis yg forgive and forget kot!
Semua benda adalah benda kecik, kecuali dah libatkan parents
Sebab tu saya sayang kawan2 saya, padahal cm taktahu
Semua kwan2 ni cm tak pernah kutuk saya. Tapi ye lah,,benda kecik je kot
Setakat ni kwan2 yg betul2 saya sayg Fanie, Pudin, Mia, Briee
Tapi rasanya yg plaing cm adik beradik dgn Fanie kot!
Fanie ni baik, cun..ramai peminat ni, then dye garang tau tp bertanggungjwab
Saya rapat dengan dye sejak form4, kenal dye sejak form1
Kiteorg dlu masa kat sekolah, saya paggil dye kakak
Sebab dye lagi tua bulan dari saya and sebab kiteorg selalu melekat je
Kalau orang nak cari saya, tp akan tanya dye sbb dye ad jwpnnya :p and vice versa
Then Mia, Pudin and Briee..dyeorg ni antara orang yg kenal saya lama jugak
Mia ni mula rapat sbb satu kelas and satu geng dlu masa 4rc
Briee ni besfren sejak f1-f3..mula f4 ada conflict skit tapi kejap je :)
Pudin ni rapat sejak form 2-smpai form 4, then dye pinda SAMURA
Tapi after dye pinda sekolah pun kiteorg still rapat lagi
Dye ni memang blur je, pastu dye ni sombong klaw dgn org yg dye tak knal
Kalau tak jumpa dyeorg ni rasa rindu, kalau dah jumpa taktahu apa nak buat
Haha..sama je kiteorg semua ni, mngada ngada lebih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu masuk UiTM pulak baru saya tahu akan erti hidup
Saya amek course Foundation of Law kat UiTM Shah Alam
Kat sni baru belajar yg kita kena jimat duit, pndai berbelnja
Kena pandai pilih kawan, kena pndai bwak diri, pndai bahagi masa
Dan yg plaing penting jangan culture shock sgt bila dah takda parents ni
Setahun asasi ni dah berapa kali nangis sebab macam2
Dah berapa kali masuk sepital, Dah berapa kali sakit
Hmm..kat sni saya nmpk ramai kwn2 yg kecundang depan mata
Ada yg mcm baru masuk bndar, ada pulak yg tak reti2 nak sesuaikan diri
Dan belajar undang2 ni sangat susah tapi AWESOME!! 
Kat sni saya rapat dengn kwn2 dr kelas yg sama
Dan room mates serta beberapa ketul org yg bersepah2. HAHA
Kepada nama yg disebut ni mungkin sayang saya lebih lagi berbanding yg lain kot
Yang lain opcoz sayg, tapi tipu kalau saya ckp semua sama rata kan?
Saya menangis masa habis asasi sbb teringatkan muka mereka2 ni:
Ajad, Teng, Phia, Kirahh, Jay, Zana, Wany, Rathna, Pinaz, Sufy and Nadirah
Ajad tu dah mcm adik saya, dye sangat comel *tk lebih dr saya*
Kami panggil dye ajad, nama dye SITI HAJAR
Perangai dye sama kot dengan saya, suka makan hati je
Dye tahu apa kat dlm hati saya, sbb biasanya dye dpt rasakan apa yg saya rasa
Disebabkan personaliti kami yg lebih kurang sama ni kot :)
Teng ni orang nye blur aje, semua benda dye blur
Kat sni org panggil dye Teng, tapi saya paggil Tang!
Pastu kalau ckp mcm org mlas, dye taknak bukak mulut
Teng selalu buat kami semua ketawa dengan kelakuan dye 
Kirahh..Dye antara org yg paling byk saya habiskan masa
Dye selalu jaga saya masa saya sakit.
Dye orangnya sangat caring. Dye rapat dengan Zana,girlfriend dye
Dyeorg selalu keluar sesama semua, kalau tk dpt cari dye
Pergi lah cari Zana tu, Zana mesti tahu dye kat mana. HAHA
Wany, dye ni antara geng kami berlima ni, dyelah yg pling suka nangis
Bukan suka nangis cemana, dye ni senang sangat nangis
Lagi2 kalau pasal kwan2 ni mmg hati dye lembut sangat
Tak padan dgn rupa lah wany ni,
Muka Macho tapi gembeng! hahaha
Zana ni JB mali..org pasir gudang
Kalau nak dok cerita pasal JDT boleh ah cerita dengan dye.
Dye ni pun sweet jugak orangnye, nampk garang tapi hati dye baik
Dye selalu kena buli kat uitm ni sbb apatah taktahu lah
Mungkin sbb Nuryn(besfren dye) tu garang, and kalau buli dye mmg dye kalah
Then ada Phia, rumet saya.. nama dye sama tau, Sophia.
Dalam gambar dye yang free hair tu, cantik kan?
Orang panggil dye pun Phia, so kalau kat bilik tu kan
Dye paggil saya :pia: and saya paggil dye :pia: kalau another rumet pggil :pia: Dua2 orang akan toleh dan jawab "yee?" haha..
Sbelah phia tu Sufya. Pun lebih kurang kan  nama kiteorg?
Dye selalu balik weekend, sbb rumah dye dekat Subang je 
Dye punya character mcm cartoon tau. haha
Clumsy but cute. Suka act cute jugak budak ni!
Biasanya tiga org sofia ni akan tidur dekt bwah,
maksudnya kami tak tidur kat katil, tilam turunkan, 
Then triple pia ni tidur sesama, kongsi dua tilam je pun muat. :)
Sbelah dye tu Maria, dye ni kira cm rumet tmbahan lah
Sbb memula dye tak dpt bilik kat mawar, so tidur dgn Sufy
Pastu tetengah sem dye dapat bilik, so keluar bilik kami
Tapi still rapat and lepak bilik sama.
Ada sorang lagi, syafinaz, dye takda dalm gambar time ni
Busy sgt org tu ramai peminat! Semua nak amek gmbar dgn dye.
Pinaz ni kiteorg pangil Tasya ataupun Peanut
Tasya ni pun baik orang nye,, caring dgn saya
Dye tak join triple pia tidur bwah sbb katanya taknak berpisah dgn katil
Then Jay..ataupun nama penuh dye Jaliah Saadah
Yang kat dalam gmbar dye yg kaler hitam
Dye ialah kwan pertama saya before masuk uitm dan setelah masuk uitm
Jay ni nmpk cm tough tapi hati dye lembut
Dye ni manja orgnya..selalu buat ayat sedih..menyampah! haha
Saya selalu main baling2 seliper, curi2 tag nama and buat kerja bodo dgn dye
Pastu Rathna! Panggil dye Rat..dye yg pakai spec mata and tudung leopard tu
Dye ni mmg kawan yg sweet jugak tau
Kalau dalam bilik tu dgn dye suka ckp yg merepek2
Satu geng dgn Nad, yg kaler pink tu
Kiteorg satu bilik sem lepas. And bilik kiteorg mmg bilik paling kecoh
Lagi lah dgn Jay yg kat depan bilik tu, main kejar2 smpai nak hujung blok
Kalau nak buat benda2 mengarut ajak ah dyeorg ni! :)
LWA02B memang yg pling awesome lah, dyeorg ni byk ragam
Taktahu nak cerita apa psal dyeorg ni
Byk sgt benda kalau nak kongsi! haha
---------------------------------------------------------------------------------------------
Saya nak cerita pasal cousins pulak tapi rasanya tak ckup kot.
Dyeorg kena buat spesel post untuk dyeorg je! ahha
---------------------------------------------------------------------------------------------
Character saya pulak cemana ek
SUKA BERCAKAP even benda2 mengarut
TAK SUKA ORANG YG SUKA BERCAKAP PASAL ORANG LAIN
SUKA BENDA2 COMEL
SUKA SANGAT PERASAN COMEL
TAK SUKA AMBIL BERAT AKAN SESUATU MASALAH
SUKA MEROYAN
SUKA DENGAR LAGU ULANG-ULANG
TAK SUKA TENGOK MOVIE ULANG-ULANG
SUKA BILA ADA ORANG AMBIL BERAT PASAL SAYA
SUKA AMBIL BERAT PASAL ORANG2 YG SAYA SAYANG
TAK SUKA BERCAKAP PASAL ORG 
nmpk tk,ulang 2x ni,tak tipu ni, saya bukan jenis yg suka bergosip
SANGAT SIMPLE
TAK RETI PAKAI MAKE-UP
TAK SUKA MINTAK PARENTS UNTUK BRANG KEGUNAAN SNDIRI
TAK SUKA TENGOK ORANG SEDIH
SUKA BERANGAN NAK KAWIN DENGN SHAHEIZY SAM
K-POP, ANIME, SPONGEBOB SQUAREPANTSM, BEN10
BERDENDAM BILA ADA ORANG :
BAGI PARENTS SAYA SAKIT HATI
BUAT MAK SAYA MENANGIS
SAKITKAN HATI ADIK2 SAYA
BUAT ADIK2 SAYA MENANGIS
BAGI SIS VEE MARAH
SAKITKAN HATI KAKAK SAYA
BUAT KAKAK VEE SAYA NANGIS
BAGI KWAN2 SAYA MARAH & NANGIS



About 4days

Salam,


Hari jumaat lepas 8/2/13 sampai isnin 11/2/13 saya ada kat jb
Tapi jumaat tu smpai pukul 8.30 malam
Sis Vee amek kat Sri Putri, Isnin pun pukul 4 pagi balik dgn kakak jugak
So..kira mcam 2 hari je lah dekat Taman Universiti
Day1

Malam tu kakak amek kat Sri Putri then terus pi makan kat hutan bandar
Time makan ni rasa cam nak sepak orang je -.-
Krriikk krikk...mlas nak cerita :)
Pastu balik dlm pukul 11.30 terus pi rumah dye, tidur kat sana
Dah smpai sana jumpe kak Suria(housemate dia)
Memang terkejut ah dye tgok budak comel ni dok ketuk pintu bilik dye
Then dye stop tgok movie then berbual lah sesama kat ruang tamu
And yg plaing tak best tu, bila dua2 kakak ni dah berbual
Saya kat tepi macam (=..=) je tau! Haha..tak paham berbual pasal kertas apa tah
Day2

Pukul 8 pagi kakak hantar gi rumah Fanie
Sebab plan nye nak keluar reramai hari sabtu tu, then tak jadi
So satu hari duduk kat rumah Fanie layan cerita hindustan berdua
Then kite ada jumpa Pudin tao, rindu gila kat dye
Lma gilaaa tak jumpa dye, so haritu jumpa macam awkward skit. haha
Sebab kat rumah dye takde orang, parents dye pergi KL
Dok habiskan masa dengan Fanie je petang tu, then malam pi warung Mia
Dah smpai warung, mestilah makan kan? haha
Dah lepas makan, borak2 dengan bebudak ni semua
Pastu yg paling bestnye,, bunga api taman u mmg dr dlu smpai skrg
Yang Paling AWESOME! takde yg boleh kalahkan lah..
Dah habis tgok bunga api pastu balik tidur
Day3

Hari ahad ni memang best gilaa..pagi tu bangun lambat
Sekali dengan Fanie2 nye lambat..kiteorg bangun masa Mia call
Nasib kami sangat ringkas, 10minit dah siap semua nya
Haha..then kami semua beramai2 pergi mandi2 kat apa tah nama tempt tu
Yang tahu,, satu tu kat desaru je. Mandi laut kat sana sangat awesome
Haritu dari pagi hujan, tapi kiteorg kesah apa kan? memang semua mandi je
Sejuk ke tak sejuk ke yg penting awesome~!
Balik dalm pukul 3.30 cegitu lepak kat jusco kejap dgn bebudak ni
Kat jusco pulak terserempak dengan ramai sgt org yg mcm kenal. HAHA
Malam tu pulak lepak kat rumah Fanie dgn Nat & Yeen
Dyeorg datang rumah Fanie time tu pukul 10 sbb tahu
Esoknya pukul 4 pagi nk bertolak dah so tak sempat jumpa
Dok borak2 sampai kol 1.30 kot..mmg tah merepek2 je kiteorg malam tu
Kak Lang dengan Yeen bagi cekelat..sedap weyh
Berapa hari baru habis sbb makan skit2. HEHE
Day4

Pukul 3.30 set jam bangun tidur, 3.35 dapat wake up watsep. HAHA
Then kakak smpai rumah Fanie pukul 4.15 terus pi balik Bangi lah
Sampai Bangi pukul 8.30 cegitu, akak singgah kejap je
Dye pun tak sabar nak balik jumpa parents dye kan. Haha
Then habis..after dye balik budak pemalas ni pun terus tidur
Tak pikir apa dah.. ngantuk nak mampuih tahu daaak.
Bangun balik pukul 1..teruk kan? haha..
Pape pun nak ckp hari-hari saya kat JB
Sangat awesome!