Bersyukur..

Salam,

Hello2..
Syukur? apa yg korang rasa pasal bersyukur ni?
Post ni pendek je tau sbb memang random thought tetibe dtg

Jangan pernah bandingkan hidup awak dengan hidup orang lain
JANGAN PERNAH!
Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya
Ni contoh, seorang CEO syarikat yg berjaya:
Awak tengok orang tu kaya, hidup dia senang kan?
Awak tahu tak mungkin dia takda mak ayah, mungkin dia byk musuh dlm perniagaan?
Awak nampak duit dia, awak nampak rumah dia, awak nampak kemewahan dia
Awak tak nampak kesusahan dia, keperitan hidup dia, kesedihan yg dia alami
Awak rasa awak tak berduit, awak tiada kemewahan, hidup awak serba kekurangan
Awak nampak tak yg awak ada kasih syg keluarga? Awak ada kesihatan badan yg sempurna
Awak ada kemikmatan didampingi kawan2 yang best?
Saya selalu berpesan dekat diri sendiri
"JANGAN PERNAH NAK JADI ORANG LAIN, SOFEA,
JANGAN PERNAH CEMBURU DENGAN KEMEWAHAN ORANG, SOFEA.
JANGAN PERNAH DENGKI DENGAN ORANG, SOFEA.
JANGAN PERNAH LUPA BERSYUKUR DENGAN APA YG KAU ADA,SOFEA"
So.. untuk kite yg masih study ni kan
Jangan lah jealous kalau kawan kite ni pandai dalam pelajaran dia
Jangan lah jealous kalau nampak kawan tu hari2 keluar makan kat luar
Kite ni duduk kat bilik goreng telur dadar je! HAHAHA
Jangan jealous tau.
Saya bersyukur sangat saya dikurniakan MAK, ADIK & KAKAK yang awesome!
Saya ada Fanie yang daebak! Saya ada kelapangan masa untuk "menaip blog ni"
Haha..maksud saya saya takde masalah pengurusan masa :)
Saya ada kenikmatan bernafas lagi pada harini. Saya mungkin tak dikurniakan badan yg sihat
Tapi Alhamdulillah weyh smpai skrg mcm2 dah saya boleh buat even diri ni byk penyakit.
So..jangan lupa bersyukur dengan apa yg kite ada okay!
Semuaorang dugaan untuk ke syurga tu lain2 tau!
Laluan yg kite kena lalu semua lain2.. tapi kite nak menuju ke satu tempat je
Tempat yang semorang nak pergi, tempat yg paling best, paling ohsem
Even jalan kite semua asing2 dan berlainan moga kite jumpa kat tmpat paling akhir tu semula kay.
Amin.

0 sweet voices :):